Use LEFT and RIGHT arrow keys to navigate between flashcards;
Use UP and DOWN arrow keys to flip the card;
H to show hint;
A reads text to speech;
11 Cards in this Set
- Front
- Back
Definisi Nasionalisme |
* Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air * Tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing |
|
Perkembangan Nasionalisme di Thailand (TAHAP PERTAMA) |
~ Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja serta penentangan terhadap raja berkuasa mutlak ~ Sistem pendidikan Barat memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan ~ Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak berpuas hati ~ Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932 untuk menamatkan sistem raja berkuasa mutlak |
|
Perkembangan Nasionalisme di Thailand (Tahap Kedua) |
~ Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina ~ PM (Phibul Songram) meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina ~ Sekolah dan akhbar Cina dibubarkan ~ Penduduk peribumi terlibat dalam aktiviti ekonomi ~ Jawatan tertinggi dikhaskan untuk penganut agama Buddha ~ Menukarkan nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas |
|
Perkembangan Nasionalisme di Filipina (Tahap Pertama) |
~ Gerakan dakyah (dipimpin oleh Jose Rizal) ~ Pembentukan Liga Filipina yang bertujuan mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial ~ Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Mindanao ~ Akhirnya Jose Rizal dikenakan hukuman bunuh |
|
Perkembangan Nasionalisme di Filipina (Tahap Kedua) |
~ Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio ~ Memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol ~ Matlamat: Menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi ~ Menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi dan melancarkan revolusi bersenjata, tetapi gagal ~ Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo ~ Pada tahun 1930, nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan di AS bertukar kepada yang lebih liberal |
|
Perkembangan nasionalisme di Indonesia (Tahap Pertama) |
• Memberi sepenuh tumpuan terhadap isu-isu pendidikan • Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan kaum wanita • Muhammadiyah menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme barat serta agama Kristian. |
|
Perkembangan Nasionalisme di Indonesia (Tahap Kedua) |
* Perjuangan politik radikal ➡️Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia, dan Parti Nasional Indonesia * Parti-parti politik tersebut menuntut kemerdekaan Indonesia sekalipun dengan cara kekerasan pada tahap ini. * Belanda semakin terdesak dan telah menangkap pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan mengharamkan PNI( parti politik yanh dipimpin oleh Soekarno) |
|
Perkembangan Nasionalisme (Tahap Pertama) |
♦Penentangan masyarakat secara terbuka ♦Bersifat setempat dan tidak berorganisasi ♦Isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi menjadi faktor ♦Dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat ♦Lebih menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik |
|
Perkembangan Nasionalisme (Tahap Kedua) |
♦Lebih radikal dan berorganisasi ♦Dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat ♦Matlamat perjuangan mereka lebih jelas: •Menuntut kemerdekaan •Menubuhkan kerajaan sendiri yang berdaulat |
|
Perkembangan Nasionalisme di Burma (Tahap Pertama) |
♦ Perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat ♦ Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha untuk mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan di kalangan rakyat Buddha ♦ Menggunakan isu kasut 👞 (sikap orang Inggeris yang mendatangkan kemarahan orang Burma kerana memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma) untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat ♦ Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh pemimpin radikal seperti U Ba Pe ♦ Menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma yang radikal |
|
Perkembangan Nasionalisme di Burma (Tahap Kedua) |
♦Laporan Montagu-Chelsford menyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri ♦Revolusi Pelajar tercetus pada tahun 1920 untuk menubuhkan sebuah universiti ♦Mencetuskan pemberontakan Saya San ♦Muncul Liga Anti-Pemisahan yang menganggap pemisahan dengan India hanya akan melewatkan kemerdekaan ♦Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberikan peluang ke arah berkerajaan sendiri ♦Golongan Thakin (siswazah universiti) menubuhkan Parti Asiayone untuk menuntut kemerdekaan |