• Shuffle
    Toggle On
    Toggle Off
  • Alphabetize
    Toggle On
    Toggle Off
  • Front First
    Toggle On
    Toggle Off
  • Both Sides
    Toggle On
    Toggle Off
  • Read
    Toggle On
    Toggle Off
Reading...
Front

Card Range To Study

through

image

Play button

image

Play button

image

Progress

1/28

Click to flip

Use LEFT and RIGHT arrow keys to navigate between flashcards;

Use UP and DOWN arrow keys to flip the card;

H to show hint;

A reads text to speech;

28 Cards in this Set

  • Front
  • Back

Apakah sistem ahli?

Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.

Siapakah yang mencetuskan idea penubuhan Sistem Ahli?

Dato' Onn Ja'afar dalam perbincangannya dengan Sir Henry Gurney (@KL).

Apakah yang telah dicadangkan oleh Sir Henry Gurney?

Beliau mencadangkan bahawa model negara Kenya dan Rhodesia Utara dilaksanakan di Tanah Melayu.

Apakah pendapat pihak British terhadap Sistem Ahli?

Sistem Ahli akan mengurangkan tekanan daripada pihak Parti Komunis Malaya.

Apakah proses penubuhan Sistem Ahli?

Sistem Ahli telah dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada bulan Februari 1950. Satu rundingan antara British dengan wakil penduduk Tanah Melayu telah diadakan di King's House, KL.

Siapakah yang telah dijemput ke rundingan tersebut?

- Dato' Onn Ja'afar (Yang Dipertua UMNO)


- Dato' Hamzah Abdullah (Menteri Besar Selangor)


- Raja Uda


- Dato' Nik Ahmed Kamil (UMNO)


- Dato' E.E.C. Thuraisingam (kaum India)


- Encik Yong Shook Lin (Cina)


- Dr. Lee Tiang Keng (Cina)

Bilakah Sistem Ahli dilaksanakan?

Januari 1951 - Jun 1955 (sebelum pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan - Julai 1955)

Apakah ciri-ciri Sistem Ahli?

- sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk


- anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli


- pelantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu


- terdiri daripada 9 Ahli : 3 Melayu, 1 Cina, 1 India, 4 pegawai British


- Ahli di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British

Apakah proses pelaksanaan Sistem Ahli?

- menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan


- menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang sedia ada


- bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP


- Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama


- Pesuruhjaya Tinggi memberi arahan dan persetujuan


- selalunya cadangan undang-undang merupakan pendirian pentadbiran British

Berikan dua contoh ahli Sistem Ahli.

- Dato Onn' Ja'afar : Ahli dalam Negeri


- O.A. Spencer : Ahli Ekonomi

Apakah kepentingan Sistem Ahli?

- merupakan tapak asas yang penting untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri


- mulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu


- untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu


- memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British

Apakah Pakatan Murni?

Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.

Apakah langkah-langkah praperikatan Pakatan Murni?

1. Penbuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum / Communities Liaison Commitee (CLC)



2. pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu



3. penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya / Independence Malaya Party (IMP)



4. Penubuhan Persidangan Kebangsaan oleh Sir Malcom MacDonald

Jelaskan keahlian CLC.

1. dianggotai oleh Melayu (UMNO - Dato' Onn Ja'afar) dan Cina (MCA - Tun Tan Cheng Lock)



2. Ogos 1949 : dianggotai oleh 6 pemimpin Melayu, 6 pemimpin Cina, seorang wakil daripada kaum India, Serani, Sri Langka dan Eropah


Mengapakah CLC menjadi titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu?

- perubahan terhadap dasar UMNO yang sanggup berunding dengan kaum lain untuk kepentingan masa depan negara


- satu pendekatan baru dalam arena politik PTM

Apakah hasil perundingan UMNO-CLC?

1. Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) untuk memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu


- pengerusi pertama : Dato' Onn Ja'afar



2. Kerakyatan Negeri 1951 diberi kepada imigran yang lahir di PTM. Ibu bapa mesti telah menjadi rakyat Tanah Melayu



3. Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat pembandaran, negeri dan MPP

Mengapakah Dato' Onn Ja'afar meninggalkan UMNO?

Masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO (membuka keahlian kepada bukan Melayu).

Jelaskan Dasar IMP.

Dasar IMP menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti. IMP terbuka kepada semua kaum yang ingin mencapai kemerdekaan. Walau bagaimanapun, IMP gagal mendapat sambutan kaum Cina, India dan lain di TM kerana rasa perpaduan terlalu asing bagi mereka.

Apakah tujuan penubuhan Persidangan Kebangsaan?

Untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk PTM.

Siapakah pengerusi Persidangan Kebangsaan?

Dato' Panglima Bukit Gantang.

Siapakah yang menjalankan kerjasama antara UMNO dengan MCA?

Dato' Abdul Razak Yahya dan Ong Yoke Lin.

Nyatakan kejayaan UMNO-MCA.

1. pilihan raya Majlis Pembandaran KL 1952 - 9/12 kerusi



2. pilihan raya Majlis Pembandaran bandar utama 1952 - 26/37 kerusi

Nyatakan kejayaan Parti Perikatan.

Pilihan raya negeri 1954 - 226/268 kerusi.

Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya?

- Parti Negara


- UMNO


- MCA


- MIC


- pegawai-pegawai tinggi British

Apakah yang dicadangkan oleh Jawatankuasa tersebut?

52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

Nyatakan manifesto Parti Perikatan dalam pilihab raya Julai 1955.

- mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun


- mewajibkan pendidikan


- menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan


- menjaga hak asasi manusia


- melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan

Nyatakan kejayaan Parti Perikatan.

Pilihan Raya 27 Julai 1955 - 51/52 kerusi.

Apakah kesan kemenangan Parti Perikatan?

Membolehkan Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Parti Perikatan untuk menjada Ketua Menteri dan membentuk Kabinet.